Tuesday, April 21, 2015

tiada gambar/artwork.hanya tulisan semata2

kenangan masa belajar di U ( bulan ramadhan )

masa belajar kat U dulu. aku pernah masuk pertandingan melukis komik sempena hari kemerdekaan.

tapi masa ni aku salah faham pasal tarikh perhantaran komik tu.

tiba-tiba ada awek mesej aku ingat dia nak berkenalann dengan aku rupa-rupanya dia yang uruskan petandingan tu.

akak tu tanya (sebab dia tua dari aku ) nak hantar tak komik?. aku memang bingung masa itu. aku pun jawab lah nak HANTAR LAH .
lepas tu dia bagitahu tarikh perhantaran dah tutup.

aku : takpela kalau macam tu.
akak : memandangkan awak dah buat pendaftaran saya bagi peluang sampai malam ni.

masa tu aku memang tak tahu nak buat apa dengan idea takde lagi masa tu. lepas tu kebetulan hari tu hari jumaat. jadi aku kena pergi sembahyang jumaat dulu lepas tu baru boleh lukis.

sambil aku tunggu kawan-kawan aku bersiap, aku pun mula fikir nak buat komik pasal apa. aku bukan nya tahu sangat pasal hari kemerdekaan. kadang-kadang buat tak kisah je.

idea mula datang dalam kepala otak. aku pun buat lakaran sikit-sikit.

lepas balik dari sembahyang jumaat aku terus cari kertas A4  nak lukis. dengan keadaan masa yang tidak mencukupi aku pun lukis jela apa ada dalam kepala otak aku ni,

tengah melukis ada pulak member kacau nak tengok aku lukis.
aku : nanti tengoklah dok siap lagi ni. serabut guh

selepas berhempas pulas akhirnya siap juga.

malam itu aku pun pergi hantar. akak tu cakap mesti boleh menang sebab hantar paling last.
dalam hati ku berkata dia perli aku ker ? aku pulang ke bilik dengan keadaan redha dan pasrah. aku rasa aku tak boleh menang dah. sebab aku rasa aku boleh buat lebih baik.

selepas itu tiba lah hari masa pengumuman keputusan melukis komik tu. tiba-tiba aku dapat mesej dari akak tu suruh semua perserta datang ke surau untuk acara penyampaian hadiah

mula-mula tarawih, lepas ceramah sikit-sikit. lepas tu sampailah masa penyampaian hadiah. tiba-tiba akak tu mesej aku lagi tanya aku kat mana. aku jawablah dah ada kat surau KENAPA YE ?
dia pun reply anda salah seorang pemenang.

allhamdullilah dapat nombor tiga pun jadi lah. lepas tu dorang umum tempat ketiga jatuh kepada budak perempuan. aku pun rasa aku akan dapat nombor dua. lepas tu dia umum lagi budak perempuan lagi. aku pun mula hairan aku memang salah seorang antara pemenang tak ni. akak tu tipu aku ke?.. kurang ajar dah la masa tu bulan puasa. ( kononnya marah haha ) .

lepas tu dorang umum tempat pertama dan aku lah orangnya. aku pun pergi ambil hadiah tu dengan senyum haha. aku boleh hamper besar juga la haha. allhamdullilah aku masih dikurniakan rezeki.

esoknya aku pun kongsi makanan tu dengan kawan-kawan aku. ada aku bawa balik kampung sebab kena masak.

komik yang aku buat bertajuk, TARIKH KEMERDEKAAN . komik pasal seorang budak lelaki yang tak pernah kisah pasal kemerdekaan ( sebenarnya ni pasal diri aku haha )

tujuan aku tulis cerita sebab bulan ramadhan dah dekat jadi aku pun teringat kisah bulan ramadhan tahun 2011 kalu tak silap aku.

dan komik tu aku tak tunjuk kat kawan-kawan. sebab malu. aku tengok tak lawa. haha

jadi kalu boleh janganlah kita lupa tarikh-tarikh penting. seperti tarikh kemerdekaan dan elak kan lupa tarikh puasa.


buat koleksi bacaan untuk hari tua.

nasrul 
2015 )

No comments:

Post a Comment